Spa ini telah dibuka pada awal tahun 2008 dengan menerapkan unsur tradisional Melayu dalam seni hiasan dalamannya .Spa ini merupakan salah satu daripada cawangan Pusat Perubatan Homeopati & Naturopati AzBudi.
Pengurus kepada jabatan ini adalah Dr Azman Bin Mohamad Tahir.Beliau merupakan seorang doktor Homeopati dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perubatan dan kecantikan.Lokasi spa ini ialah di No 29 Lengkok Perpaduan,Taman Perpaduan,Ulu Kinta,Perak.Berdekatan Lost World of Tambun,Giant dan Sunway City yang hanya lebih kurang 1km sahaja perjalanan dari sana.Harga yang kami tawarkan pula adalah di antara yang terendah di Ipoh.Tidak rugi bagi anda yang baru ingin mencuba rawatan di sini.
Spa ini juga mempunyai kakitangan yang bertanggungjawab di bahagian pemasaran dan pengiklanan dan bersama-sama beberapa orang pekerja yang lain kami berharap akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan.Kadar bayaran yang dikenakan juga amat berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan.Pelbagai jenis pakej juga dapat dinikmati dengan kadar yang sederhana.
Setiap pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di sini dinasihatkan agar menghubungi pihak kami terlebih dahulu untuk temujanji.Ini adalah bagi memberi kami masa untuk membuat persediaan dan mengatur waktu bagi mengelakkan pertembungan masa yang sama dengan pelanggan lain.
No comments:
Post a Comment