Spa ini terletak di Taman Perpaduan,Ipoh Perak.Lokasi strategik berdekatan Lost World of Tambun,Sunway City Ipoh,Giant Tambun,Medan Selera,Giat Mara (3 minit),PGA Ulu Kinta,Maktab Perguruan, Tg Rambutan,Bercham,Tambun (4 minit),Hospital Pantai Puteri,Pekan Ipoh,Green Town Mall (uo),Hospital Permaisuri Bainun Ipoh,Taman Dr seenivasagam (7-10 minit)

Inside Damai Spa


Labels

Thursday, January 21, 2010

HILANGKAN 'SUNBURN' DI MUKA
*Bagi mereka yang kerap keluar sinaran terik matahari boleh menggelapkan bahagian wajah yang terdedah.Untuk menghilangkan sunburn,anda boleh ikuti amalan ini.Ambil tiga butir bedak sejuk bersama beberapa helai daun bunga raya muda.Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir hijau.Kemudian sebatikan dengan bedak sejuk yang dibancuh dengan sedikit air.Sapukan ke muka selama beberapamalam diiringi selawat.InsyAllah hasilnya pasti memuaskan.

HILANGKAN JERAGAT DAN JERAWAT

*Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak,jerawat sememangnya mudah tumbuh.Jika anda memilih untuk menggunakan bahan semulajadi bagi menghilangkan jeragat dan jerawat,ikuti petua ini.Ambil beras kunyit hidup dan daun pegaga bersama akarnya.Kisar bahan-bahan tadi sehingga sebati lalu sapu pada bahagian yang bermasalah.

PISANG JAUHI KULIT KERING

*Penghawa dingindan panahan mentari merupakan penyebab utama kulit kering.
Untuk merawatnya ialah lenyekkan setengah biji pisang bersama satu sudu madu.Sapukan masker ini pada wajah dan biarkan selama setengah jam.Setelah kering,basuh muka dengan air suam.Penggunaan masker ini seminggu sekali boleh memberi kelembapan kepada wajah yang kering anda.

BETIK CEGAH KEDUTAN
*Garis halus dan kedutan merupakan tanda penuaan yang amat merisaukan golongan hawa.Sekiranya anda sedang melalui fasa dewasa,belum terlambat untuk menghindarkan wajah anda kelihatan tua dari umur sebenar.Untuk mencegah,betik merupakan pilihan tepat.Kandungan estrogennya mampu meremajakan wajah dengan menanggalkan selsel kulit mati.Sebagai rawatan alternatif ialah hancurkan betik yang sudah masak ranum dan campurkan dengan satu sudu madu.Sapukan ramuan ini pada wajah dan biarkan selama 20 minit.Untuk mendapatkan hasil yang baik,manjakan wajah dengan olesan betik bermadu ini seminggu sekali.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Kulit cantik dan putih

Inginkan kulit cantik dan putih? Kisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.


No comments:

Post a Comment