Spa ini terletak di Taman Perpaduan,Ipoh Perak.Lokasi strategik berdekatan Lost World of Tambun,Sunway City Ipoh,Giant Tambun,Medan Selera,Giat Mara (3 minit),PGA Ulu Kinta,Maktab Perguruan, Tg Rambutan,Bercham,Tambun (4 minit),Hospital Pantai Puteri,Pekan Ipoh,Green Town Mall (uo),Hospital Permaisuri Bainun Ipoh,Taman Dr seenivasagam (7-10 minit)

Inside Damai Spa


Labels

Sunday, June 20, 2010

Sunday, April 4, 2010

Pakej Kanopi Rm270.00
  • Kanopi 20 x 20
  • 8 buah meja panjang
  • 40 buah kerusi
  • 2 warna scallop untuk 1 kanopi
PAKEJ PHOTOGRAPHER

PAKEJ A---->Rm1,500.00
  1. 1 custom album saiz 8r @ 20 m/s
  2. 150 kpg foto saiz 4r + album + beg album
  3. 1 kpg foto saiz 24r + frame
  4. CD/DVD foto unlimited
PAKEJ B---->Rm1,400.00
  1. 1 custom album saiz 8r @ 20 m/s
  2. 120 kpg foto saiz 4r + album
  3. 1 kpg foto saiz 12r + frame
  4. CD/DVD foto unlimited
PAKEJ C---->Rm900.00
  1. 1 custom album saiz 5r @ 20 m/s
  2. 80 kpg foto saiz 4r + album
  3. 1 kpg foto saiz 8rw + frame
  4. CD/DVD foto unlimited
PAKEJ D---->Rm500.00
  1. 3 rolls @ 108 kpg foto saiz 4r
  2. 3 kpg foto saiz 8rw
  3. Album
  4. CD/DVD foto
***Tambahan Rm150 untuk setiap roll yang berikutnya.


PAKEJ VIDEO PERKAHWINAN RM600.00
(Merangkumi hari pernikahan & persandingan)
2kpg DVD + Cover





Tuesday, February 2, 2010


Teko Putih Mini
Kuantiti Order:-
30pcs - rm5.00

MySpace Graphics
50pcs-rm4.50
100pcs ke atas - rm4.00


MySpace Graphics
MySpace Graphics
MySpace Graphics


Mini Tee
Kuantiti Order:-
Besar
30pcs - rm5.50
50pcs-rm5.20
100pcs ke atas - rm5.00

Kecil
30pcs - rm4.50
50pcs-rm4.20
100pcs ke atas - rm4.00


MySpace Graphics
MySpace Graphics


Mini Plate+stand
Kuantiti Order:-
30pcs - rm3.90
50pcs-rm3.80
100pcs ke atas - rm3.70


MySpace Graphics
MySpace Graphics


Mini Coffee Mug
Kuantiti Order:-
30pcs - rm2.60
50pcs-rm2.50
100pcs ke atas - rm2.40


MySpace Graphics



Mini Mug 2
Kuantiti Order:-
30pcs - rm2.50
50pcs-rm2.40
100pcs ke atas - rm2.30
(Free artwork design)
Nota:Tambahan Rm0.50 setiap pc untuk renda

MySpace Graphics


Mini Crys Mug
Kuantiti Order:-
30pcs - rm2.00
50pcs-rm1.90
100pcs ke atas - rm1.80

Promosi Pengenalan!!
**Rm1.50/unit untuk tempahan min 100biji



SELAGI STOK MASIH ADA!!

Friday, January 22, 2010

HOT EVERY FRIDAY & SATURDAY
NORMAL FACIAL RM20 (NP:RM25)
FACIAL RESDUNG RM30 (NP:RM35)




BADAN
-urut belakang badan – 45min-RM35.00-40.00
-urut seluruh badan (Relaxing)– 75min-RM55.00
-urut seluruh badan (DAMAI SPA SIGNATURE)– 75min-RM55.00-60.00
-urut relaxing lavender oil – 75min-RM60.00
-Urut anti stress – 20min-RM25.00
-skrub badan – 40min-RM35.00
-lulur rempah – 40min-RM35.00
-masker badansusu – 20 min-RM30.00-35.00
-body whitening – 40min-RM50.00-60.00
-body whitening - kaki @ tangan - 20min - 20.00-25.00

MUKA
-asap resdung – 35 min-RM15.00
-fac resdung – 60min-RM35.00
-fac normal – 60 min-RM25.00
-fac kolagen – 60min-RM45.00
-fac resdung kolagen – 75min-RM50.00
-Massage kolagen - 20min-RM25.00
-Facial Cool - 60min-RM35.00
-fac aroma seri – 90 min-RM50.00
-fac treatment :- 120min-RM70.00
 lifting+firming+whitening+acne
Terapi mata - 30min - RM25
Nota:
Tambah rokok resdung  1 btg -RM2.50

KAKI
-urut kaki – 30min-RM30.00
-Foot Detox herba – 15-20min-RM15.00

MANDIAN – 20min
-mandi bunga-RM35.00
-mandi rempah -RM35.00
-mandi susu -RM35.00
-mandi aura harmoni -RM50.00
-jakuzi -TAMBAH +RM5

RAWATAN TANGAN & KAKI

Hand Spa + Manicure - 50mins - Rm35
Foot Spa + pedicure - 50mins - Rm35
Waxing tangan @ kaki - Rm30
RAWATAN KESIHATAN
-sauna herba – 40min
  1 org – rm20
  2 org – rm15 seorang
  3 org – rm10 seorang
-bekam/cupping
  1 point : rm20
  2-9 point : rm15/pt
  10 point dan ke atas : rm10/pt

EVERDAY SPECIAL PACKAGE
PAKEJ SURI A  RM55-1JAM   
URUT BELAKANG BADAN +
FACIAL NORMAL

PAKEJ SURI B RM70-2JAM
SAUNA + URUT

PAKEJ SURI C RM95-2JAM 
URUT BELAKANG BADAN + SKRUB + MASKER BADAN


PAKEJ SURI D RM95-2JAM 
RENDAMAN KAKI HERBA + SPA KAKI +
RELAXING MASSAGE

PAKEJ SURI E RM45-1JAM 30MI

URUT ANTI STRESS + FAC NORMAL





PAKEJ PENGANTIN
~BRIDAL PACKAGE~
Istimewa Untuk merawat bakal pengantin agar tetap anggun dan indah berseri di hari persandingan.
Rawatan ini sebaik-baiknya dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum menjelangnya perkahwinan.(Sebaik-baiknya 1x seminggu bagi kesan maksima)
KHASIAT RAWATAN
* Menghaluskan kulit
* Memecah lemak yang berlebihan
* Mencerah & mengharumkan badan
* Menghilangkan rasa lesu & lenguh badan
* Merawat & mengelakkan keguguran rambut
* Menyegar & mencerahkan wajah
* Menghilangkan keputihan
* Melancarkan aliran darah
* Menstabilkan haid

Pakej lengkap Ratu Sehari
PAKEJ KENANGAN TERINDAH 1
Masa Rawatan : 5 jam Rm250 

Rendaman kaki herba
Urut relaxing belakang badan
Skrub badan - full
Body whitening
Masker badan 
Facial Aroma Seri
Mandi Aura Harmoni


Kenangan Terindah 2
RM200 - 4Jam

Rendaman Kaki Herba

Urutan relaxing belakang badan
Skrub badan-full
Masker badan
Facial Aroma Seri
Mandi Bunga Aura Harmoni

Kenangan Terindah 3
RM155 - 4jam

Rendaman Kaki Herba
Urut relaxing Belakang Badan
Skrub Badan-full
Masker badan
Facial Aroma Seri

TEMUJANJI DI ALU-ALUKAN...

SELAMAT DATANG..


Thursday, January 21, 2010

Bilik Mandi Wap
MANDI WAP HERBA (SAUNA HERBA)
RM20/SEORANG,
KUMPULAN 3-4 ORANG - RM15/SEORANG

45 Min

Mandi wap herba/sauna sudah terkenal sejak dulu lagi terutama pada masyarakat Rom, Mediterranian, Rusia dan India. Manfaat mandi sauna :
  • membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh.
  • mengendurkan otot tubuh yang tegang dan berkontraksi semasa bersenam atau setelah penat bekerja. Rasa pejal dan otot yang terasa kejang setelah bekerja atau stress disebabkan oleh racun atau toksin yang terdapat pada jaringan otot.
  • memperbaiki jaringan otot sehingga membuatkan tubuh terasa lebih relaks dan segar.Bersauna ini dapat membantu membakar sehingga 300-400 kalori .
  • menjadikan kulit akan terasa lebih bersih, bertenaga, segar dan sihat.
Minum air mineral sebelum dan selepas bersauna. Kemudian duduk atau berbaring sekurang-kurangnya selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara total.Dilarang bersauna bagi wanita yang sedang hamil atau mereka yang menghidapi masalah kesihatan yang serius. Sekiranya ketika melakukan sauna anda terasa pening atau sukar bernafas, segera keluar dari sauna tersebut.
Nota:Sebuah bilik sauna boleh menempatkan 3-4 orang dewasa.


URUTAN TRADISIONAL
RM55-60
1 jam 15min
Urutan dapat memberi kesan yang begitu mendalam, pada fizikal minda dan jiwa
individu.Sekiranya urutan dilakukan dengan teknik yang betul,ia dapat menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.
Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


URUT AROMATERAPI
RM55-60

1 jam 15min
Istilah ‘Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: “Aroma”, yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy”, yang bermakna rawatan. Aromaterapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.
Minyak essensial adalah intipati yang tidak berminyak, pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.Dalam meningkatkan rangsangan terhadap struktur tertentu otak melalui deria bau, minyak pati dapat digunakan untuk mempengaruhi mood melalui beberapa kaedah lain. Urut aromaterapi adalah cara yang popular bagi merehatkan minda dan meredakan ketegangan.


URUT KAKI
RM30/30 mins
Urutan Tapak kaki juga di kenali sebagai Reflexsologi. Adalah di percayai setiap titik di tapak kaki mempunyai kaitan dengan organ dalaman tubuh badan. Teori ini mengandaikan bahawa setiap penyakit organ dalaman akan berkaitan dengan urat saraf yang berakhir di hujung tapak kaki.Setengah penyakit memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan percuma dan membiayai kos rawatan masing-masing. Kaedah urutan refleksi ini amat mudah dan murah untuk di pelajari.


KAEDAH RAWATAN REFLEKSOLOGI
Sebelum sesuatu urutan dimulakan, kaki anda akan di rendam didalam sebuah bekas berisi air panas yang mengandungi herba selama sepuluh minit. Pengamal urut terapi kami akan menyapukan krim berubat di tapak kaki anda bagi melembabkan dan memberikan sedikit kelicinan ketika urutan. Buku jari jemari akan digunakan di dalam urutan ini bagi memberi beberapa sentuhan yang keras atau pun lembut ketika rawatan refleksologi sedang di lakukan. Teori refleksologi menyatakan sekiranya seseorang tidak merasai sebarang kesakitan yang kuat ketika di beri tekanan reflexsi ini menunjukkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik.
KEPENTINGAN URUT REFLEKSI DAN URUTAN KAKI
Jika perjalanan darah tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah. Maka organ tubuh badan akan terganggu dan kita boleh terkena penyakit.Salah satu punca seseorang terkena penyakit khaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah pada anggota organ tubuh seseorang. Melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasan tapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesma dan sakit kepala dan sebagainya.Dengan mengambil pendekatan yang sederhana iaitu dengan menggabungkan urut refleksi dan urutan kaki secara tradisional beberapa penyakit kaki dapat di sembuhkan dengan segera.




FOOT SPA + PEDICURE
RM35
1 jam 






RENDAMAN KAKI HERBA
RM15
20min

Di Spa AzBudi kami menggunakan 2 cara perawatan kaki.Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan mesin pengurut kaki atau merendam kaki secara tradisional di dalam pasu kecil.Alat pengurut kaki dengan fungsi getaran dapat melancarkan kembali peredaran darah yang mana saraf-saraf di bahagian tapak kaki akan diurut dengan urutan yang lembut.Garam Kristal yang digunakan untuk tujuan ini mengandungi mineral dan zat galian yang berbentuk ion bagi memudahkan proses serapan mineral di dalam tubuh.Toksin di dalam badan juga dapat dikeluarkan dengan cara ini.Individu akan berasa sedikit kurang selesa pada bahagian tapak kaki apabila kaki direndam dan ia berbeza di antara individu yang lain.Sebagai contoh,seseorang penghidap gout akan berasa lebih sakit berbanding individu yang normal. Bagi rendaman secara tradisional,kaki akan dimasukkan ke dalam sebuah pasu khas bersama rempah ratus,herba-herba dan garam kristal.





LULUR / SKRUB BADAN

RM35.00
40 Min
Proses melulur dapat menjadian kulit lebih sihat,halus,lembut dan bercahaya.
Lulur rempah pula dapat memecah lemak yang berlebihan,memanaskan badan,mengharumkan tubuh serta menyerikan kulit.Kami mempunyai pelbagai jenis lulur untuk pilihan pelanggan kami seperti lulur susu,lulur buah-buahan,lulur kopi,oat,lulur garam dan lulur rempah.Tidak ketinggalan lulur segar yang diproses sendiri seperti lulur mentimun,oat,kopi,halia,beras merah.Untuk mendapatkan rawatan dengan lulur segar ini pelanggan diminta membuat tempahan terlebih dahulu.



JENIS- JENIS MANDIAN
Mandi Rempah:Rm35Ramuan seperti rempah-rempah dan mineral,minyak essential.Sangat baik untuk menyerikan kulit yang kusam,menyerap racun dari tubuh,membunuh bakteria,melembutkan kulit,meringankan ketegangan/stress pada otot.Satu terapi mandian yang berkhasiat untuk kecantikan kulit.

Mandi Susu:Rm35
Rawatan susu segar bersama haruman aromaterapi dan bunga-bungaan segar yang dapat menggebu dan menghaluskan kulit,memberi cahaya pada tubuh,memutihkan dan dapat menhilangkan noda-nota hitam pada kulit.

Mandi Aura Harmoni:Rm50Susu+Bunga+Aura Seri+doa-doa yang dapat menaikkan seri wajah,menyegarkan badan,
mencerahkan kulit,membuang toksid,membuang sel mati,mengharumkan tubuh dan memberi ketenangan.Mandian ini mampu menjernihkan aura yang kotor,busuk,kusam,panas dan tidak bermaya yang menyebabkan wajah menjadi suram dan pucat.Ia juga akan membantu menstabilkan emosi,spiritual,mental dan fizikal.Anda akan tampil dengan lebih berkeyakinan dan berkarisma tinggi.Sekiranya diamalkan selalu (seelok-eloknya 2 minggu sekali) akan dapat menjadikan wajah kelihatan sentiasa berseri dan awet muda.

TANGAS DUDUK (Herba)
Masyarakat Melayu telah lama mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan.Amalan bertangas adalah untuk mengeluarkan peluh,membuang toksin yang menyebabkan bisa badan. Jenis tangas yang popular ialah Tangas kering - sesuai bagi remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.Pemakanan yang tidak seimbang, kurang penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit.
Sekiranya tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan.Had maksimum bertangas adalah 30 minit dan tidak boleh lebih daripada tempoh itu bagi mengelak dehidrasi tubuh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak biasa bertangas atau baru menggunakan amalan ini, tempoh 15 minit sudah mencukupi.
Bahan tangas diperbuat daripada herba dan rempahratus menggunakan petua turun temurun masyarakat Melayu lama.Bagi anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga, tangas wangi dilakukan tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. Ramuan tangas wangi seperti daun pandan, bunga melur, mawar, daun cendana dan gaharu.
Tangas duduk pula menggunakan batu sungai yang dipanaskan terdahulu sebelum dibalut bersama kain yang mengandungi ramuan herba dan rempah ratus.Individu perlu duduk di atas batu berkenaan sehingga panas batu berkurangan.
Setiap jenis tangas mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan amalan bertangas ini perlu diteruskan terutama wanita moden hari ini. Kesibukan kerja selain menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita mengabaikan penjagaan kesihatan dalaman.

Tangas adalah amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata.Amalan ini dapat membantu wanita yang mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan mengecutkan urat badan yang menyebabkan lendir angin dalam tubuh.


BEKAM AKUPUNTUR
RM20/point
Rm15/point jika buat 2-9point
Rm10/point jika buat 10 point & ke atas


Ianya adalah suatu kaedah moden yang dirumus untuk menggalakkan pembersihan darah melalui kulit yang menggunakan titik-titik akupuntur.Kotoran atau toksin dalam darah dapat dibuang tanpa perlu dikeluarkan dari jumlah yang sepatutnya.Kaedah ini adalah selamat dan hampir tiada kesakitan serta tidak merbahaya. Kaedah ini amat berkesan untuk menghapuskan kesakitan, mengembalikan fungsi fizikal dan menyembuhkan penyakit.Dalam jangka masa panjang, ianya beransur-ansur membaikpulih tubuh badan dan membuahkan kesihatan yang optimum.
HILANGKAN 'SUNBURN' DI MUKA
*Bagi mereka yang kerap keluar sinaran terik matahari boleh menggelapkan bahagian wajah yang terdedah.Untuk menghilangkan sunburn,anda boleh ikuti amalan ini.Ambil tiga butir bedak sejuk bersama beberapa helai daun bunga raya muda.Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir hijau.Kemudian sebatikan dengan bedak sejuk yang dibancuh dengan sedikit air.Sapukan ke muka selama beberapamalam diiringi selawat.InsyAllah hasilnya pasti memuaskan.

HILANGKAN JERAGAT DAN JERAWAT

*Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak,jerawat sememangnya mudah tumbuh.Jika anda memilih untuk menggunakan bahan semulajadi bagi menghilangkan jeragat dan jerawat,ikuti petua ini.Ambil beras kunyit hidup dan daun pegaga bersama akarnya.Kisar bahan-bahan tadi sehingga sebati lalu sapu pada bahagian yang bermasalah.

PISANG JAUHI KULIT KERING

*Penghawa dingindan panahan mentari merupakan penyebab utama kulit kering.
Untuk merawatnya ialah lenyekkan setengah biji pisang bersama satu sudu madu.Sapukan masker ini pada wajah dan biarkan selama setengah jam.Setelah kering,basuh muka dengan air suam.Penggunaan masker ini seminggu sekali boleh memberi kelembapan kepada wajah yang kering anda.

BETIK CEGAH KEDUTAN
*Garis halus dan kedutan merupakan tanda penuaan yang amat merisaukan golongan hawa.Sekiranya anda sedang melalui fasa dewasa,belum terlambat untuk menghindarkan wajah anda kelihatan tua dari umur sebenar.Untuk mencegah,betik merupakan pilihan tepat.Kandungan estrogennya mampu meremajakan wajah dengan menanggalkan selsel kulit mati.Sebagai rawatan alternatif ialah hancurkan betik yang sudah masak ranum dan campurkan dengan satu sudu madu.Sapukan ramuan ini pada wajah dan biarkan selama 20 minit.Untuk mendapatkan hasil yang baik,manjakan wajah dengan olesan betik bermadu ini seminggu sekali.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Kulit cantik dan putih

Inginkan kulit cantik dan putih? Kisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.