SELAMAT DATANG 2016...
Apa azam anda tahun ini?
Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang, bukan sekadar angan-angan kosong. Maka, seseorang itu tidak dilarang untuk menanam azam baharu yang positif asalkan tidak melanggar syariat. Oleh itu, bersempena dengan tahun baharu 2016, marilah kita menanam azam yang bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri, malah juga untuk keluarga, masyarakat, dan negara. Yang paling penting, azam ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT supaya beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat kerana hakikatnya dengan setiap detik yang berlalu, semakin dekat juga kita dengan kematian.
Johari Yap
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Cawangan Kelantan